PUSPANITA

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia

PUSPANITA

=

Visi

PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif

=

Misi

Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA

=

Moto

“Wanita Sepakat Negara Meningkat”

Kelebihan Keahlian

Ahli PUSPANITA berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dan manfaat hasil kerjasama strategik dengan rakan kolaborasi daripada sektor awam dan swasta. Inisiatif ini menyokong usaha memperkukuh kesejahteraan, profesionalisme dan jaringan komuniti wanita penjawat awam.

Kemudahan

Kemudahan yang terdapat di peringkat PUSPANITA Kebangsaan sering menjadi sumber kewangan utama persatuan, di samping menjadi tempat menjalankan aktiviti dan urusan rasmi.

Dewan

Dewan berhawa dingin dengan tempat letak kereta luas dan kemudahan katering untuk keselesaan tetamu.

Gelanggang

Gelanggang berkualiti dengan pencahayaan terang dan parkir luas, sesuai untuk futsal, tenis, dan bola tampar.

Penginapan

Bilik berhawa dingin dengan TV LED, almari, bilik air peribadi, dan parkir percuma.