Mengenai

PUSPANITA Kebangsaan

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli

Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.

Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya.

Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.

PUSPANITA Kebangsaan

Objektif

=

Merekayasa PUSPANITA

Memodenkan hala tuju dan peranan PUSPANITA agar lebih relevan, progresif dan berimpak tinggi.

=

Memperkukuhkan tadbir urus

Mengukuhkan sistem pengurusan dan kepimpinan yang telus, berintegriti serta berkesan.

=

Memperkasa dan mengupayakan ahli

Memberi sokongan, latihan dan peluang pembangunan bagi meningkatkan keupayaan serta potensi ahli.

=

Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian

Memastikan perkhidmatan, program dan inisiatif dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkualiti.

=

Memperluaskan rangkaian strategik

Membangun kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperkukuh pengaruh dan keberkesanan organisasi.

PUSPANITA Kebangsaan

Kepimpinan

Barisan kepimpinan kami merupakan tonggak utama yang memacu hala tuju organisasi, membimbing ahli dengan penuh dedikasi, serta memastikan setiap usaha dilaksanakan dengan berkesan ke arah kecemerlangan bersama.

YABhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail

Penaung PUSPANITA

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar

Penasihat PUSPANITA

YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil

Yang Dipertua PUSPANITA

PUSPANITA Kebangsaan

Visi & Misi

Panduan utama dalam memperjuangkan kepentingan dan memajukan peranan wanita Malaysia

=

Visi

PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif

=

Misi

Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA

=

Moto

“Wanita Sepakat Negara Meningkat”

PUSPANITA Kebangsaan

Dasar

Dasar organisasi menetapkan prinsip dan garis panduan utama, manakala strategi merancang langkah-langkah konkrit untuk mencapai objektif

p

Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi

p

Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan

p

Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan diri

p

Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi

Strategi

=

Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi.

=

Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam kalangan ahli.

=

Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

=

Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar kerajaan dengan berteraskan dasar 5K PUSPANITA iaitu

  • Kebajikan;
  • Keusahawanan;
  • Keilmuan;
  • Kesejahteraan; dan
  • Kelestarian.