PUSPANITA Kebangsaan
Logo
Logo PUSPANITA menjadi lambang identiti rasmi yang mencerminkan perpaduan, kekuatan dan peranan wanita dalam organisasi.

Bulan Bintang
melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
Buku
melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
Bunga Padi
melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.
Bunga Raya
melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.
P dan Pa
lambang kewanitaan.
Warna Emas
melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.
Warna Ungu
melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.
PUSPANITA
TAFSIRAN NAMA PUSPANITA Suri bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Anggota Wanita bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Perkhidmatan Awam bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.
